NISSAN NAVARA
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini melancarkan Trak Utiliti Sports Premium serba barunya, Nissan NAVARA.
“NAVARA dikagumi di seluruh dunia kerana kelasakan, keupayaan off-road dan keselesaannya”, kata En. Thierry Viadieu,
Presiden Siam Nissan Automobile dan Naib Presiden Korporat Nissan Motor Co.,Ltd. “NAVARA juga telah meraih beberapa anugerah
berprestij seperti ”Consumer Digest’s Best Buy” di Amerika bagi tahun 2006, ”Off-Road Award 2007 (Pick-up of the Year)” di
Jerman, ”Lifestlye Pick-Up of the Year” 2007/2008 di UK, ”Pick-up of the Year” 2008 di Sepanyol dan ”Best Pick-up 4WD”
dibawah 2500CC Kumpulan Grand Prix 2008 di Thailand.”
Dari keupayaan enjin, NAVARA sememangnya merupakan yang terhebat dengan kuasa dan tork tertinggi dalam kelas truk pick-up
di Malaysia. Kuasa yang di hasilkan oleh enjin ini bergitu pantas terutama pengunaan sistem kotak gear automatik yang efisyen
dan mampu bergerak pantas seiring dengan kuasa yang di hasilkan. Enjin diesel YD25DDTi ”common-rail direct injection”
dilengkapi dengan ”variable nozzle turbocharger” dan ”intercooler” yang mampu menjana kuasa maksimum sebanyak 174ps dan
tork maksimum sebanyak 403Nm menjadikan Navara menerajui dalam segmen pick-up.Disamping itu, ia juga dilengkapi dengan
sistem shaft bagi mengimbangi dan mengurangkan Bunyi, Gegaran dan Kekasaran enjin (NVH).
Nissan NAVARA memberikan gabungan mengagumkan dengan prestasi bertenaga, gaya menarik dan tahap inovasi terbaru kepada
pasaran pikap. NAVARA juga menawarkan ciri-ciri inovatif yang direka khas bagi meningkatkan pelbagai kegunaannya; sama ada
untuk kenderaan berkerja dan rekreasi.
Daripada aspek dalamannya, NAVARA menggabungkan keselesaan dan ciri-ciri SUV dengan teknologi. Dengan jarak roda depan
dan belakang yang terpanjang dalam segmennya (3300mm), ia menawarkan fleksibiliti sebuah kenderaan lima kerusi yang terbaik
dengan ruang dalaman yang luas dan selesa. Ia turut menawarkan ciri-ciri sarung kulit dengan bunyi yang rendah.
NAVARA juga dilengkapi sistem 4WD yang dikawal secara elektronik iaitu ”Limited Slip Differential” (LSD). Sistem ini
membolehkan pemandu menukar 2WD atau 4WD tanpa perlu memberhentikan kenderaan semasa bergerak pada kelajuan 100km/j atau
kurang. LSD dapat mengoptimisikan keseimbangan tork diantara roda kiri and kanan bagi meningkatkan kestabilan pemanduan
semasa membelok dan pada keadaan jalan yang licin. NAVARA menggunakan konsep kerangka yang kukuh, sama seperti Nissan Titan
iaitu trak bersaiz penuh yang dijual di US.
Dari segi aspek keselamatan, NAVARA di lengkapi dengan ”Electronic Brake-force Distribution” (EBD) iaitu mengimbangkan
daya kuasa brek diantara roda depan dan belakang bagi memberi kuasa membrek yang maksimum. Pada masa yang sama, ”Anti-lock
Braking System” (ABS) dapat mengelak roda terkunci secara elektronik semasa membrek, membolehkan pemandu mengekalkan arah
pemanduan. Pembinaan ”Zone Body” dan dwi-beg udara SRS hadapan melindungi pemandu dan penumpang semasa berlakunya perlanggaran.
Selain itu, NAVARA merupakan satu-satunya trak yang menawarkan lampu depan ”XENON” (Mematuhi piawai JPJ) bagi memastikan
penglihatan terbaik semasa pemanduan waktu malam.
Nissan NAVARA diimport sebagai unit dipasang lengkap (CBU) dari Thailand. Terdapat tiga pilihan warna metalik ditawarkan:
”Supreme Black”, ”Tungsten Silver” & ”Twilight Gray”. Nissan Navara dijual dengan harga RM103,721.90 (termasuk insurans, cukai
jalan, yuran pendaftaran dan yuran pemilikan) di Semenanjung Malaysia dengan waranti 3-tahun atau 100,000 km
(yang mana terdahulu).
Check out our GALLERY for higher resolution pictures or just click HERE
|